Pelan Rumah , kenapa anda perlukan?
Kepentingan pelan rumah banglo kepada:
- Pemilik rumah banglo : Bagi memastikan rekabentuk rumah yang akan dibina memenuhi citarasa dan bajet anda serta untuk dapatkan anggaran kos pembinaan dari kontraktor. Dapat mengurangkan kerja-kerja tambahan ketika pembinaan rumah untuk elakan kos tambahan.
- Kontraktor : Untuk kegunaan perjanjian kontrak dengan pemilik rumah, kira kos binaan rumah lebih tepat dan rujukan semasa pembinaan (paling penting).
- PBT : Meluluskan pelan rumah dan memastikan ia mengikut undang-undang PBT dan UKBS 1984.
- Bank : untuk kelulusan pinjaman dan perjanjian dengan bank (pelan rumah yang telah diluluskan oleh PBT).
- Konsultan : Bagi memohon kelulusan pelan bangunan dari PBT sebelum kerja-kerja di tapak dimulakan. Memastikan kerja-kerja pembinaan di tapak oleh kontraktor mengikut pelan asal yang telah diluluskan oleh PBT.
Sumber bahan : Azlidesign.blogspot.com