Apa itu yang di katakan Keadah Roslee Pillar (RP)
Roslee Pillar (RP) adalah satu bahan binaan berasaskan simen dan fiber .RP ini telah direka dan dipatenkan oleh Hj. Roslee ali pada tahun 2004 dan memperolehi geran paten pada tahun 2009. Selain dari memperolehi paten dengan nama Roslee Pillar, bahan ini juga mempunyai cap dagangan (Trademark).
Bahan binaan RP adalah satu bahan binaan 3 dalam 1 iaitu column, beam dan wall dibuat dari satu bahan , Cuma saiz nya diubah mengikut keperluan column, beam dan wall tersebut. Bangunan menggunakn RP tiada penggunaan formwork ketika membuat kerangka bangunan dan tiada penggunaan batu bata untuk membina dinding. Penggunaan RP juga boleh digabungkan dengan bahan binaan batu bata, dalam hal ini RP digunakan untuk membina column dan beam manakala dinding dibina dari batu bata.
Konsep yang terhasil dengan menggunakan RP . Mudah, Murah, Ringan, Cepat, Kukuh, Kemas, Mesra Alam dan untuk keselamatan ketika berlakunya Gempa bumi. Dengan wujudnya konsep tersebut, InsyaAllah inilah salah satu bahan binaan yang perlu diguna pakai dalam pembinaan masa kini dan hadapan. Untuk mengubah persepsi dan minda dari penggunaan bahan binaan konvensional kepada bahan binaan terkini memerlukan promosi dari masa ke semasa.
Sijil SIRIM dan CIDB
Contoh rumah guna RP
Dinding guna RP
Tiang guna RP
Contoh rumah lain guna RP
Asrama / Sekolah